thank you coz melawat, aku hargai n mengalu2kan kedtgan korg! (^_^)

Kata-kata Indah Di Baca.....

* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH
s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar
ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itusumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakanwaktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramalkerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda ituakan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibudari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT
ANDA TERSEBUT,JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan
Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS
UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,
TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN
DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG
MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan.
( Harieta Wahab)
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu
membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka
tiadalah perpisahan"
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang
akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah
dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)
" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek
moyang"
(Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan
hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya."

 Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Imanitu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikandengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha
keajiabpan tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita
boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg
di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata
fikirkan akibatnya..
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan
menyebabkan mereka menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat
bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…
# Janganlah disamakan antara orang yang berjimat cermat dengan orang yang
kedekut. Orang berjimat selalunya memperhitungkan perbelanjaannya, masuk dan
keluarnya wang tersebut dengan tujuan membelanjakan menurut sepatutnya.
Sedangkan orang yang kedekut mengumpulkan harta dengan tujuan menambah
sebanyak-banyaknya. Orang yang berjimat mengatur hartanya dan yang kedekut
diatur oleh hartanya.
# Kata-kata yang paling agung dan mulia adalah Allah. Kata-kata yang paling lembutadalah kasih sayang (ar-rahman-ar rahim). Kata-kata yang paling cepat adalah waktudan kata-kata yang paling panjang adalah kekal abadi.
# Wanita seperti sungai. Kalau dia tetap tinggal dirumahnya maka seluruh masalah
berjalan dengan wajar seperti halnya alur sungai. Jika dia keluar meninggalkan
rumahnya maka dia seperti air sungai yang meninggalkan alurnya dan mengancam
kerosakan.
# Iri hati dan dengki adalah suatu penyakit yang tidak nampak pada tubuh
penderitanya.
# Cacatnya nasihat ialah bila disampaikan secara terang-terangan.
 # Sebaik-baik saudara atau kawan ialah bila engkau lupa dia mengingatkan dan bila
engkau ingat dia menolongmu.
# Ketenteraman, kedamaian dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh orang-orang
yang berbahagia itu akan selalu dianugerahkan kepada yang mendakap mesra
keimanan dalam dadanya. Bahkan dengan ketenangan dan sakinah itu imannya akan
makin bertambah dan makin kukuh.
# Sabar dan tenang adalah dua kembar yang dilahirkan oleh jiwa besar.
1. Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapan mu, atau pun
merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab
yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.
2. Jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dansebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah s.w.t akan murka laludiserahkan semua urusan itu kepada orang itu.
3. Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di
belakangmu sebagaimana yang anda kenal kepada nya dimasa berdepan
denganmu.Harapan semacam itu adalah sia sia belaka dan tidak betul.
4. Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama,melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan olehorang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yangdilakukannya.
5. Jangan menilai seseorang menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya,
sebab dunia itu kecil sekali disisi Allah s.w.t Jangan sampai anda menjual agama mu
untuk mendapatkan benda benda keduniaan sehingga anda dipandang kecil dimata
orang yang memberinya.Mungkin suatu masa kelak anda tidak akan diberi lagi, maka
ketika itu anda akan kehilangan harga diri dimatanya.
6. Jika anda mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu atau membuat sesuatu
keburukan terhadap dirimu, maka sebaik-baik anda serahkan perkara itu kepada Allah
s.w.t serta anda ber lindung dengan Allah s.w.t daripada bahaya-bahayanya. Ingat lah,
jangan cuba memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang
demikian itu akan lebih membahayakan diri anda.
7. Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang masihhidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda.Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya darianda dibelakang hari.Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahilpula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri
hayatmu dalam keadaan fasik
dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.
  “ . . . apa yang berhasil dalam satu dekade tidak selalu hebat pada dekade berikutnya.” (Bill Clinton,
Mantan presiden Amerika Serikat)
”Dengan tingkat perkembangan pengetahuan seperti sekarang ini, ketika seorang anak yang lahirsaat ini lulus dari universitas, jumlah pengetahuan di dunia akan bertambah 4 kali lebih besar. Danketika anak itu berusia 50 tahun, jumlahnya sudah mencapai 32 kali lebih besar.” (Dr. RobertHilliard, Educational broadcasting specialist)
”Kita sekarang ini disuguhi pertunjukan awal dari hal-hal yang akan datang . . . millenium barutidak hanya memberi perubahan, namun kecepatan perubahannya membuat kita kehabisan napas.”(Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhammad, Mantan Perdana Menteri Malaysia)
”Dunia tidak hanya lebih kecil, tapi bentuknya juga berubah.”
”Sekarang perubahan begitu cepat dan terburu-buru dalam masyarakat teknologi sehingga
kebenaran kemarin tiba-tiba menjadi fiksi hari ini.” (Alvin Toffler)
”Apa yang benar dan mungkin kemarin, hari ini dipertanyakan dan mungkin esokbisa salah.”
”Elang adalah dinosaurus yang berani terbang.”
”Dalam masa perubahan cepat, para pelajarlah yang mewarisi masa depan. Mereka yang selesaibelajar menemukan diri mereka siap hidup di dunia yang tidak lagi ada.” (Eric Hoffler, Pekerjapelabuhan dan filsuf)
”Dunia terus dipacu oleh pengetahuan dalam lingkungan ini, belajar adalah kuncinya.”
”Jalan menuju kehancuran dibuat dengan kekukuhan untuk melekat pada pola pemikiran kuno.”
”Kemudaan seperti musim semi, sebuah musim yang terlalu dipuji untuk angin yang menusukdaripada angin sepoi-sepoi. Musim gugur adalah musim yang lebih matang, dan kita kehilanganbunga, tapi mendapatkan buah.” (Samuel Butler, Penyair Inggris)
”Kecuali bila kita menemukan kembali akar kita dengan alam, kita akan berada dalam kesulitan
besar.”
”Kamu harus membelanjakan uang bila ingin mendapatkan uang.” (Peribahasa Latin)
”Setiap kali ada perubahan, ada kesempatan. Jadi yang terpenting bagi organisasi adalah
mendapatkan energi baru daripada lumpuh.” (Jack Welch, CEO General Electric)
”Apa yang kita lakukan sendiri terbatas, apa yang kita bisa lakukan melalui jaringan tidak terbatas.”
”Orang tenggelam dalam informasi akan tetapi kelaparan akan pengetahuan.”
”Sebuah dusta sudah berkeliling setengah dunia sebelum kebenaran punya kesempatan memakai
celananya.” (Sir Winston Churchill)
”Tujuan pendidikan adalah menggantikan pikiran yang kosong dengan pikiran yang terbuka.”
”Mungkin spesialis terlalu terbenam dalam pikiran mereka sehingga tidak bisa keluar untuk
memecahkan masalah.”
”Tak seorang pun tahu siapa yang menemukan air, tapi yang pasti bukan ikan.”








 






Protected by Copyscape Plagiarism Software
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Procrasti-Nation Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting