Aku mula2 xmau ahr citer bab2 ni coz agak sensitif bagi sesetengah org!
tp, disebabkan ramai org tertanya2, so terfikir utk brkongsinya dgan pembaca blog aku yg aku sygi... (^_^)
SoaLaN :
Swaktu berkahwin, boleh tak kita berarak seperti berjalan kaki mengelilingi taman @ kampung? adakah Islam membenarkan kita buat begitu? ada tak hukum atau ayat2 dlm al-Queran @ hadis yg boleh ustaz tunjukkan.
JaWaPaN :
innamala'malubinniyat (sesungguhnya amalan itu bermula dengan niat). yang pertama, apakah tujuannya? jika untuk penghebahan tentang sesuatu pasangan itu telah berkahwin adalah cukup dengan majlis walimatulurus itu sendiri. Mengadakan walimatul urus adalah tuntutan yang disunatkan untuk mengelakkan fitnah manakala menghadirinya adalah diwajibkan.walimatulurus yang diirigini dengan hiburan yang disertakan dengan hiburan yang melalaikan (tari menari, berlaku percampuran lelaki dan perempuan) adalah diharamkan
kalau untuk bergambar kenangan di taman (dengan menutup aurat) adalah harus hukumnya. perarakan pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan tidak mendatangkan masalah tetapi tujuan berarak keliling kampung itu perlu diberitahu tujuannya........kerana dalam Islam apa juga perkara yang boleh mendatngkan perasaan riak adalah haram hukumnya walaupun ketika majlis persandingan.....
Mengenai kenduri kahwin ini, Rasulullah S.A.W ada menegaskan bahawa tidak semestinya kenduri tersebut dilakukan secara besar-besaran, malah dalam sabda Baginda tersebut, Rasulullah menyatakan bahawa sudah memadai jika kenduri tersebut dilakukan dengan hanya sekadar menyembelih seekor kambing sahaja. Dalam persoalan ini, kita sudah sedia maklum bagaimana keadaan orang Arab yang mana mereka jika seekor kambing disembelih hanya untuk hidangan 3 ke 4 orang sahaja. Dari itu, apa yang dapat kita fahami melalui hadis tersebut ialah cukup sekiranya kita buat kenduri kahwin tersebut sekadarnya sahaja dengan menjemput masyarakat setempat datang ke rumah kita dan kita jamu mereka dengan makanan yang sekadarnya sahaja.
*kita ambil pendekatan daripada hadith ini bahawa tidak salah untuk mengadakan majlis walimatulurus tetapi jika berlebihan ia boleh mendatang banyak masalah iaitu:
1) timbul riak bagi pengantin dan keluarganya
2) mendatangkan umpatan daripada masyarakat
3) membelakangi sunnah
4) mendatangkan pembaziran dll....
Wallahualam......
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SoaLaN :
tentang pemakaian 'contact lens' yg bewarna.
adakah org Islam boleh memakainya?
kerana sy & beberapa rakan sy tertanya, adakah kita boleh memakainya kerana pemakaian 'contact lens' yg bewarna menyebabkan mata kita bertukar menjadi warna lain dan mengubah warna asal mata kita.
JaWaPaN :
asalnya hukumnya adalah harus.....tidak ada masalah tetapi hukum ini boleh bertukar menjadi haram jika pemakai itu menukar warna contact lens itu atas dasar mencantikkan lagi matanya atau sekdar untuk tujuan fesyen. ini adalah kerana dengan mata yang lain drpd yang lain boleh menarik perhatian kaum lelaki yang bukan mahram.....kalau dipakai untuk suami hukumnya juga harus tetapi untuk keluar rumah adalah amat tidak digalakkan kerana sebab-sebab di atas. kalau atas nasihat doktor juga tidak mendtangkan masalah.
sesungguhnya zina itu datangnya dari seribu macam cara dan Rasulullah SAW bersabda agar kita menjauhi daripada sebarang perbuatan yang boleh menghampiri zina...Wallahualam
sesungguhnya zina itu datangnya dari seribu macam cara dan Rasulullah SAW bersabda agar kita menjauhi daripada sebarang perbuatan yang boleh menghampiri zina...Wallahualam
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SoaLaN :
kalau pemakian bulu mata palsu pula mcm mna???
JaWaPaN :
Hukum menggunakan bulu mata palsu adalah diharamkan jika tidak mempunyai sebarang keperluan yang mendesak. Antara contoh keperluan yang mendesak adalah seperti mereka yang mengalami kecacatan, penyakit ataupun kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening, bulu mata atau sebagainya. Maka dalam kes-kes yang terpencil seperti ini mereka biharuskan untuk memakai rambut dan bulu mata atau kening palsu bagi mengelakkan keaiban yang terdapat pada diri mereka.
#mata boleh dicantikkan dengan memakai celak...sunnah Rasulullah SAW
#mata boleh dicantikkan dengan memakai celak...sunnah Rasulullah SAW
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SoaLaN :
kalau pemakian celak tu menarik perhatian lelaki, mcm mna???
JaWaPaN :
janganlah pakai terlalu tebal, cukup sekadar nipis. Memakai celak adalah sunnah sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: Memakai celak pada malam hari boleh memberi manfaat pada tubuh badan. Memakai celak pada siang hari adalah perhiasan. dan celak ini tidak dikategorikan sebagai aurat...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semua soalan yg terbuku di hatiku telah terjawab!
rasa lapang dada sikit.
so, bg sesapa yg da soalan tentang sesuatu perkara yg menimbulkan keraguan, leh la bg thu kat aku.
insyallah, aku akn minta tolong ustaz utk memberi jawapan tu.
korg boleh lah hantar soalan tu dengan click here!!!
insyallah ustaz tu leh jwab. ok???
Assalamualaikum... (^-')
0 comments:
Post a Comment