Mak….. Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak selalu cium along….Along suka sangat bila mak cium along…Along pun cium mak…
Along cakap “Mak… Along sayang sangat kat Mak”
Mak balas “Mak tak sayang Along pun”
Along merajuk sebab mak cakap macam tu….Lalu mak peluk dan cium-cium pipi along sambil berkata “Mesti la Mak sayang Anak Mak…Mak Bergurau jela…”
Along senyum dan membalas ciuman dan pelukan mak…. Along ri………..ndu sangat kenangan tu….
Bila Along masuk sekolah darjah 1…Pagi-pagi mak hantar along pergi sekolah..Depan pintu pagar sekolah turun kereta, Mak peluk dan Mak cium along macam along pergi sekolah tak balik-balik dah lepas tu…Along pun membalas ciuman Mak sambil ucap “Along sayang Mak”
Sekarang Along dah sekolah menengah….Mak cium Along depan pagar sekolah. Along cakap kat Mak, “Mak, besok Mak cium Along dalam kereta je la ek….” Mak senyum. Mulai hari tu Mak cium along dalam kereta je…
Semalam Along dilantik jadi Ketua PKBM sekolah.
Mak hantar Along pergi sekolah dan bila Mak nak cium Along dalam kereta Along cakap “Mak…Along segan la Mak cium Along…nanti kawan-kawan ejek Along…diorang kata Muka Ganas Tapi Manja (Anak Mak)” Mak Senyum. Mulai hari itu Mak tak lagi cium Along bila hantar pergi sekolah….
Kenangan ni sudah 15 tahun berlalu mak….Sudah lama Mak tak cium Along, Along tak cium mak. Along rindu ciuman mak. Along rindu nak cium mak.
Hari ni, Along cium mak banyak-banyak. Along peluk Mak erat-erat tapi mak tak balas ciuman Along.
Walaupun Mak tak balas ciuman Along, Along terus cium mak banyak-banyak sebab Along tahu, selepas ini tiada lagi peluang Along untuk cium mak.
Along sayang Mak….
nukilan,
mazuki mustaffa
tq to Mentari Hidup
0 comments:
Post a Comment