thank you coz melawat, aku hargai n mengalu2kan kedtgan korg! (^_^)

Thursday, September 30, 2010

background Blog

Posted by huSDee_sweet at 1:39 PM 0 comments
utk muslimin dan muslimat yg nk letak background blog brcirikan Islam, leh layari lman web ni click here!
Contoh background utk Hari Raya :

JaLaN-JaLaN

Posted by huSDee_sweet at 1:28 PM 0 comments
Kelmarin makan kat luar coz mak ngan kak Wahidah puasa 6. 
so kmi pi TESCO, mkan kat kedai NOODLE....
sedap sgt2!!!
makanan kat situ tak berapa mahal, sederhana je!
tp, yg paling bestnya,da bnyak pilihan noodle, fried rice, western food and minuman dlm bekas yg unik!!!
sedap sgt3!!!!!









AIR MATA WANITA

Posted by huSDee_sweet at 10:46 AM 0 comments


"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa
ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita...
tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah..."

diambil daripada : Indah Solehah

Tuesday, September 14, 2010

oPeN HouSe....

Posted by huSDee_sweet at 5:41 AM 0 comments
Aku nk brterima kasih kpd tuan2 rumah yg tlah mnghidangkan makanan yg best3!!!
walaupun aku dh x larat makan, aku tetap makan ( takut ngan tuan rumah!he5! gurau je! )
tq jg kpd pihak yg mnjayakan reunion kat skool td!!!
rumah yg ku pi td, rumah Daniel Arieff,Zainal Obaidly dan org rumah aku ( mak & my siblings! )
makanan kat rumah korg memang best!!!!
walaupun yg x bestnya, ku kna kutuk rapat je! tapi sebab korang tuan rumah, ku maafkn!!!!!
tak lupa juga ku nk minta maaf kepada kwn2 ku klu ku da trkutuk ke apa pg & ptg td!
kpd org yg duk kutuk ku, ku maafkan hampa!
assalamualaikom...

ReUniOn SkOoL aMpaNg... ( 14.Sept.2010 )

Posted by huSDee_sweet at 5:23 AM 0 comments
Ni lah bju raya ku!!!
Suasana time reunion kat skOoL

Sunday, September 12, 2010

BaCa NiE...

Posted by huSDee_sweet at 10:17 PM 0 comments

Saturday, September 11, 2010

PiNky....

Posted by huSDee_sweet at 1:24 PM 0 comments
Pinky dh mninggal sehri sblum RAYA, hari Khamis ( 08.09.2010 )
mak jumpa mayat dia dpan rumah!!!
sedihnya......

RaYa!!!

Posted by huSDee_sweet at 1:20 PM 0 comments
Ni gmbar pg RAYA!!!
gmbar x brapa elok. sorry!

Ni gmbar dlmkreta! ( x brapa clear sgt, sorry3! )
ni time ptg, pi umah mak long ah, pak lang & pak su!

BuKa PuaSa Di PiZza HuT, JitRa ( 07. 09. 2010 )

Posted by huSDee_sweet at 1:11 PM 0 comments
  Kami pi mkan kat PIZZA HUT!
best tul mkan kat sini! lyanan pn amatlah bgus! berbaloi byar utk servisnya!
bkan cm PIZZA HUT kat TESCO, mergong!
( muka playan tu dh la garang, servis pn lmbat! nk byar servis depa pn rsa x brbaloi! )

Ni lah pizza yg mnjadi mngsa ku!!!
hahahahahaha
 Ni lah rupa pizza yg tlah dibanjiri dgn cheese!!!
Sedap!!!!!
klu x caya, try bt tgk!!!!
My favourite!!!
manggo yougart
Pencuci mulut yg nmpak sedap!!!!
Ni mak & kak Wahidah!
Ni aku & kak Hanan!
(^_^)(^-^)
Nk hbiskn pn dh tak brapa larat coz kenyang sgt!!!!

Tq lah kpd PIZZA HUT, JITRA coz tlh menyediakn mkanan utk brbuka puasa yg best sgt2!!!
KeNyaNg3!!!
alhamdulillah.......
(^-^)


Wednesday, September 8, 2010

RaYa2!

Posted by huSDee_sweet at 1:26 PM 0 comments
Penyimpan Mohor2 Besar pn dh bt pngumuman, Jumaat adalah HaRi RaYa!
Bestnya!!!!

Tuesday, September 7, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfitRi...

Posted by huSDee_sweet at 1:57 PM 0 comments
Nak ucap SeLaMaT HaRi RaY AiDiLfitRi
MaaF ZaHiR & BaTiN!
( klu da salah silap & sgala dosa yg huS bt kat korg, maafkn ye?! )

Monday, September 6, 2010

CuTi WeI !!!

Posted by huSDee_sweet at 3:54 PM 0 comments
Start hari nie & minggu dpan aku cuti, so xda update utk this blog!
Klu update pn ckit2 je! 
yg Blajar bhasa JEPUN x akn di bt shinggalah aku da mood & da time to update!
k? sorry sebab x larat nk update &
SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfitRi
MaaF ZaHiR & BaTiN...

Saturday, September 4, 2010

PeTaNg NiE...

Posted by huSDee_sweet at 4:14 PM 0 comments
Ptg ni aku ngan family ku nk brbuka kat luar! bestnya! tapi ayh xda!!!
Tom ku pn dh xda, sedinya!!!!!

Lailatul Qadr: Kepentingan dan Penghayatannya.

Posted by huSDee_sweet at 2:19 PM 0 comments

Perbincangan mengenai Lalilatul Qadr, tidak dapat tidak mestilah bersandarkan
kepada Surah Al-Qadr. Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah
ke Madinah. Justeru, Surah Al-Qadr menceritakan sesuatu yang cukup istimewa yang memerlukan keyakinan tinggi untuk mempercayainya.

Ayat di atas berdasarkan katakunci berikut:

1. Menurunkan... 
2. Lailatul Qadr... 
3. Tidak kamu ketahui... 
4. Lebih baik daripada... 
5.Seribu bulan... 
6. Diturunkan malaikat dan ruh padanya... 
7. Dengan izin tuhan mereka... 
8. min kulli amr... 
9. sejahtera... 
10. sehingga terbit fajar......

Maksud dan fokus ayat di atas diperkuatkan oleh satu Hadis Nabi yang bermaksud:

``Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada
Allah.'' (Riwayat Ibnu Majah)

Surah Al-Qadr dan Malam Al-Qadr

Salah satu ayat dalam surah Al-Qadr menyentuh malam kemuliaan iaitu malam penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Malam Al-Qadr merupakan malam penuh keberkatan (iaitu mendapat keampunan, rahmat dan keredhaan Allah s.w.t.) dan ditetapkan oleh Allah segala urusan berdasarkan kebijaksanaanNya. Pengertian surah Al-Qadr sepatutnya dibaca bersekali dengan surah Al-Dukhan ayat 3-5:
yang bermaksud:

[3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). [4] (Kami menurunkan Al- Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan
(kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). [5] Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. [6] (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya
Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). [7] Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). [8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

Kebiasaannya, jika Allah melakukan bentuk ”ayat tanya” dalam Al-Quran ia menggambarkan kemuliaan dan pengagungan akan sesuatu dan perkara ini adalah jelas dalam Surah Al-Qadr. Pengagungan di sini diharapkan agar manusia memperbanyakkan pengisian ibadah pada malam itu dan diisi dengan amalan-amalan soleh yang berbagai. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pengagungan
kepada malam ini menunjukkan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui ketepatan masa berlakunya. Maklumat tentang keistimewaan malam Al-Qadr hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-Sunnah.
Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu 

Pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri.

Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran
(nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. 

Ketiga,berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.

Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruangruang
kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t... Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.

Bilakah Waktu Sebenar Lailatul Qadar?

Ia berlaku setiap tahun, bukannya hanya pada ketika ia diwahyukan atau tahun ayat itu diturunkan sahaja.

Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan.

Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku
pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah).

Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Sebuah laman web meramalkan bahawa Lailatul Qadr pada tahun ini jatuh pada malam 27 Ramadan 1427H bersamaan 20 Oktober 2006 (Lihat http://www.whenis.com/lailat-al-kadr-2006.asp ; dilayari pada 9 Oktober 2006], 

tahun 2007 – 9 Oktober2007, 
tahun 2008 – 28 September 2008, 
tahun 2009 – 17 September 2009 dan
tahun 2010 – 6 September 2010. 

Ramalan-ramalan ini adalah sesat belaka dan tidaklah benar
bahkan bertentangan dengan nas-nas yang sarih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadr.

Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr?

Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:

1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.

Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?
Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?

Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam.
Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,
membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a.
berkata:
``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba-
Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud:

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).

Metos Dalam Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadr.

Menemui malam Al-Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal. Hanya Allah jualah yang mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa sebenarnya mengetahui bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam Al-Qadr. Di antara kejadian pelik yang merupakan metos yang dikaitkan dengan malam Al-Qadr
ialah:

1. Air sungai berhenti mengalir.
2. Pepohon menunduk.
3. Bekunya air.
4. Pokok sujud ke bumi
5. Ufuk langit merah

Sebenarnya, pengalaman merasai malam Al-Qadr tidaklah dapat dirasai atau dialami oleh pancaindera. Kalaupun perkara-perkara pelik itu berlaku, ia hanyalah satu kebetulan dan ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Rebutlah beramal di malam malam 10 terakhir Ramadan tanpa perlu melihat tanda-tanda fizikalnya. Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri mengetahui
bahawa malam itu ialah malam Al-Qadr. Namun demikian, Allah lebih mengetahui. Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas. Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.

Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr.

Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama,
tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27 Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud
tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali antara 24 hingga 29 darjah celsius.

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya (kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.

Rumusan

Setiap fakta berkaitan malam Al-Qadr adalah perkara pokok dalam sistem kepercayaan Islam dan mesti diyakini sepenuhnya. Kita mesti bersedia dengan sepenuh persediaan amalan ibadah untuk mendapatkan malam Al-Qadr. Rugilah mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan, keampunan dan keredhaan Allah s.w.t..

WASSALAM

Kelebihan2 Bulan RAMADHAN...

Posted by huSDee_sweet at 2:18 PM 0 comments
1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Sumber Tazkirah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Procrasti-Nation Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting