thank you coz melawat, aku hargai n mengalu2kan kedtgan korg! (^_^)

Tuesday, November 2, 2010

ANDAINYA LELAKI TAHU....PERASAAAN INI...

Posted by huSDee_sweet at 6:36 AM
Andainya lelaki tahuDalam hati seorang perempuanAda naluri untuk disayangiAda rasa ingin diberi perhatianAda rasa untuk didengari keluh kesahnyaAda waktu-waktu minta ditemani kesedihan

Andainya lelaki tahuRajuk seorang perempuan minta dipujukMarah seorang perempuan perlu didekatiSedih seorang perempuan harus didengariGembira seorang perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahuDi sebalik seribu satu rasa ituAda sekeping hati nan lembutBukan untuk ditatang bagai minyak yang penuhBukan jua untuk dimanjaiHanya perlu sedikit perhatianAgar rasa kasih itu terasa wujudWalau saat jauhKerana andainya lelaki tahuHati itu akan senantiasa bertanyaPada diri seorang perempuanWujudkah cinta itu di hati lelakiBila saat jauh tanpa perkhabaranSebagaimana mekarnya cinta ituTetap di hati seorang perempuanBiarpun berkali ombak menghempasTak sekali pantai hati itu berubah

tq to Mentari Hidup

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Procrasti-Nation Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting