thank you coz melawat, aku hargai n mengalu2kan kedtgan korg! (^_^)

Thursday, December 9, 2010

Posted by huSDee_sweet at 2:22 PM

1.Intro Yang Pendek Tapi Membunuh.

Untuk menarik orang membaca,intro adalah sgt penting.Intro yang terlalu banyak juga tidak bagus dan membuang masa.Setiap kali korang nak tulis intro,ask yourself adakah perlu untuk buat intro panjang-panjang??Power tak intro aku ini??Jika tak,korang tulis straight to the point.Biar pendek tetapi menarik untuk dibaca.

2.Lebih Baik Quality Over Quantity.

Yes,Quality adalah lebih baik dari quantity.Jika korang tulis banyak post sehari sekali pun tetapi tidak menarik dan tidak membantu orang lain,lebih baik jangan tulis.Tulislah satu artikel yang dapat membantu orang lain.Guna SEARCH ENGINE dan buat research skit utk mengetahui apa yang orang cari dan tulis mengenainya.Jika post korang berkualiti tinggi,1 post seminggu pun dah cukup untuk menarik beribu-ribu pembaca sehari.Percayalah!

3.Post Yang Menghiburkan

Ini juga penting untuk menaikkan mood membaca.Tidak semestinya post mengenai gossip,movie atau hiburan je yang menarik tetapi setiap post yang korang buat selitkan dengan hiburan dan gurauan.Baru gempak!Pastu masukkan benda-benda yang konstroversi.Prrrrr memang meletup lah.Contohnya letak gambar yang bersesuainya.Tak pun korang cari gambar dan letak dialog kat gambar tu.Gunakan photoshop untuk edit gambar.Pasti ramai yang akan suka akan post korang itu.

4.Tulis Dengan Jelas

Untuk menjadi writer yang berjaya,korang kena pastikan tidak duplicate sentence.Jika korang berjaya membuatkan reader start membaca dari mula hingga akhir,you are the best writer.Sebelum publish,pastikan korang double check dulu dan baca terlebih dahulu,check spelling ,jgn ingat tulis dlm BI je yg perlu check spelling,BM pun perlu taw. Dan jangan SYOK SENDIRI!

5.Tulis Seringkas Yang Boleh

Blogging is not about us tetapi about them,the readers.So cuba ringkaskan post korang itu seringkas yang boleh.Orang malas nak baca panjang-panjang.Lebih-lebih lagi jika ia tidak menarik minat pembaca.Biar pendek tetapi cukup untuk memberi kesan keatas pembaca.Biar orang berpuas hati singgah membaca kat blog korang.

“The ability to simplify means to eliminate the unnecessary so that the necessary may speak.”~Hans Hofmann

6.Perbaiki Cara Penulisan Korang

Di Internet sekarang ini terdapat berates juta blog so blogging ini penuh dengan cabaran.Jadi korang kena sentiasa memperbaiki cara penulisan.Lagi baik penulisan korang,jadi sayanglah pembaca kat blog korang.So cara terbaik untuk memperbaiki cara penulisan adalah dgn bykkan membaca,banyakkan menulis dan banyakkan berfikir.Pastikan setiap bulan,penulisan korang bukan sahaja makin menarik tetapi lebih kreatif.

“You can raise the bar or you can wait for others to raise it, but it’s getting raised regardless” says Seth Godin.

So macam mana sekarang?anda masih ingin dikatakan loser?blog sampah??Jika tidak,mulakan,Gunakan tip-tip diatas untuk memperbaiki mutu blog anda.Sentiasa ingat kawan-kawan,Content Is The King.

Nak baca lebih banyak lagi tip-tip menarik??

korang singgah kat blog ini.


Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Plagiarism Software
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Procrasti-Nation Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting