thank you coz melawat, aku hargai n mengalu2kan kedtgan korg! (^_^)

Thursday, December 9, 2010

kisah 5 awek!

Posted by huSDee_sweet at 2:37 PM
Kisah 5 'awek' untuk tatapan semua..


"
Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. pagi tadi, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul enam lebih. Kelam kabut aku bersiap nak pi airport. Kena ambek GM turun dari KL. Mana tidaknya, malam tadi aku tidor lambat memikirkan cemana aku nak dapatkan kereta sewa. General Manager KL bukan nak sound awal kata nak turun jb. Pukul 8 malam baru cakap nak turun jb. Kelam kabut aku dibuatnya. Mujur ada member yang sanggup pinjamkan kreta dia dulu. So, kenalah pk sendiri apa nak buat! Klien tau dok memekak jer!! Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku.

Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. 
Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak la, Zu. Bukan aku lupa kat ko. tapi kengkadang aku ada lunch bersama klien. Apa nak buat. Kalau aku ada meeting nak wat, time2 nie lah aku sebok nak kejar masa. Nak setelkan apa-apa yang patut nak ngajor staf-staf aku. Kalau tak ada meeting pun, aku dok kat opis buat proposal untuk tender seterusnya. Lepas tue, bila perut dah lapar, aku terus je pergi kedai bawah opis aku nie. Ala, kedai mamak Restoran Habib tu. Lepas pekene nasi campur terus aku masuk opis semula, aku tak lengah,terus tertidur merehatkan mata sebab pagi tadi tidur lambatt. Klau tak pun, time mcam nie staf aku tak ada dekat opis, aku pun check lah email aku..masuk speedfinger..tak pun aku bukak YM aku. dok chat dengan member2 aku. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau time-time macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.
As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang kengkadang lepas aku habis kerja, aku terus pie jumpa kawan2 bisnes aku dekat My Friend Tom Yan...apalagi.. dok bebual lah pasal kerja. ko pun tahu kan kerja aku nie kena banyak bergaul dengan org2 besar,orang2 korporat, datuk2 datin2! kalau tak macam mana aku nak dapat bisnes. kalau dah pekena nescafe dekat kedai mamak tue dengan derang yang lain.. aku terlupa masa pun berjalan sepintas lalu.
Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. aku balik kengkadang pun tak tahu bila. kalau balik petang dari opis tue pun.. belum tentu sampai nak jumpa kau. Ko tahu jer lah.. jalan jem bila dah petang2 macam ie. kakitangan krajaan n swasta balik kerja semua serentak. dah lak tue, air cond keter aku rosak! Kena bersaunalah aku sepanjang jalan. berpeluh..peluh....Balik aje , aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dan peluh dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku call ajak keluar.

Pastu Isy lak..Isy pon aku lama tak jumpa. Aku tahu ada temujanji dengan Isy malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas
makan, sembang la pulak. Lepas satu t opik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Citer P.Ramlee ngan Baik Punya Cilok lepas tue. Isy,sorry. Last-last,semuanya awek aku yang setia ngan aku dulu aku tinggalkan.

Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang, nama sebenar awek-awek aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Isy masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah kawan kita yang sebenar, yang akan backing kita kat akhirat nanti. Semoga cerita ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada anda semua. Wallahualam."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Procrasti-Nation Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting